PKWE BM raikan Sambutan Hari Raya



Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Ihsan Pusat Kegiatan Warga Emas Brunei dan Muara 






LAMBAK KANAN, Jumaat, 26 April. -  Dalam menyemarakkan lagi bulan Syawal ini, Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Brunei dan Muara (BM) malam tadi mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dewan Kemasyarakatan 2, Jalan 77 Perumahan Negara Lambak Kanan.


Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan, Pemangku Ketua Bahagian Perkhidmatan Warga Emas dan Pencen-pencen, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Awang Hafiz bin Kiflee.


Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Haji Ghafar bin Haji Menudin, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Awang Haji Mohd. Yussof bin Mohd. Salleh.


Majlis diserikan lagi dengan persembahan lagu Hari Raya oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PKWE BM sambil tetamu yang hadir menikmati sajian Hari Raya.


Majlis juga turut dimeriahkan dengan persembahan lagu Hari Raya oleh ahli-ahli PKWE BM dan kemudian disusuli dengan cabutan nama bertuah.


Majlis berkenaan diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan saling bermaaf-maafan dalam kalangan warga PKWE BM.


Close